Sabtu, 19 Februari 2011

Selamatkah dirimu ?

عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما قال: " قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " المسلم من سلم المسلمون من لسانه
ويده، والمهاجر من هجر ما نهى الله عنه". متفق عليه


Daripada Abdullah bin 'Amar (diredhai Allah kedua-duanya) katanya, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:



“Orang Islam yang sebenarnya ialah orang yang mana orang-orang Islam yang lain terpelihara daripada gangguan lidah dan tangannya dan orang yang sebenarnya berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah”.
-Muttafaqun 'Alaihi-


Antara sifat yang digambarkan dalam hadith di atas berkenaan peribadi muslim sebenar adalah apabila saudara seIslam yang lain selamat, aman dan sejahtera dari kejahatan lidah dan tangannya. Lidahnya tidak mengeji, menista dan memfitnah saudara seagama! Tangannya juga tidak digunakan sesuka hatinya bagi menyakiti tubuh mahupun hati saudara seagama !

SELAMATKAH KAMU DARI LIDAH DAN TANGANKU ?!
Ayuh! Jika belum, bantu diriku ! Moga selamat diriku juga dirimu!

Continue lendo >>

Rabu, 9 Februari 2011

Meneladani Ato' bin Abi Rabah ...

Kita kurang sekali didedahkan dengan kisah tokoh-tokoh yang begitu banyak tercatat di lebaran sejarah Islam. Tidak banyak nama2 yang kita boleh senaraikan di kalangan Tabi'in apatah lagi Tabi' Tabi'in walhal mereka merupakan peribadi2 agung yang wajar dijadikan contoh. Sedikit perkongsian pengisian usrah ...



********************************


Ato' bin Abi Rabah merupakan salah seorang tabi'in yang sangat tinggi ilmunya. Beliau berketurunan Habsyah, kulitnya hitam, rambutnya kerinting dan hidungnya pesek. Ketinggian ilmunya melayakkan beliau mengeluarkan fatwa di Masjidil Haram.

Khalifah pada zaman itu, iaitu Sulaiman bin Abdul Malik sendiri begitu menghormati beliau. Baginda khalifah pernah menasihatkan anak-anak baginda ketika mereka hairan dengan kelakuan ayahanda mereka yang meminta fatwa daripada seorang lelaki yang tidak mempedulikan malah tidak memberi penghormatan kepada baginda. Kata Sulaiman :

" Beliau adalah pewaris Abdullah bin Abbas. Beliaulah orang yang mewarisi kedudukan yang amat tinggi ini...Wahai anakku, belajarlah..."

" Dengan ilmu, orang yang hina akan dihormati. "

" Orang biasa akan dikenali. "

" Dengan ilmu juga hamba2 akan melebihi taraf seorang raja. "


Beliau pernah belajar daripada Abu Hurairah, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Zubair dan beberapa orang sahabat lain hingga dadanya sarat dengan ilmu dan riwayat daripada Rasulullah.


Kesungguhannya dalam menuntut ilmu sejak kecil telah menyebabkan tuannya membebaskan baliau demi manfaat umat Islam.

2 sifat utama Ato' bin Abi Rabah yang membolehkan beliau menperoleh pegangan agama dan ilmu yg tinggi adalah :

- beliau benar2 mengawal dirinya dan tidak membenarkn dirinya terpesona dengan perkara yang tidak bermanfaat.
- beliau benar2 mengawal masanya dan tidak membenarkan masanya disia-siakan dengan cakap kosong dan tidak berfaedah.

............bersambung, insya Allah. Sekadar catatan perkongsian usai usrah. Alhamdulillah :)







Continue lendo >>






  ©***~ BAHJATUL ISLAM... بهجة الإسلام ~*** - Todos os direitos reservados.

Template by Dicas Blogger | Topo