Isnin, 8 Mac 2010

Apa Lagi Katamu...Duhai Bonda...

Assalamu'alaikum, bonda...
Sudah lama rasanya anakanda tiada mendengar kata-kata mutiara bonda...
Duhai bonda, teruskanlah kata-kata azimatmu...
Biar jiwaku yg gersang
kembali subur...

*************************


" إصلاح الجوهر أولاً "

" Kebangkitan DUNIA MUSLIMAH yang diberkati ini begitu menggembirakan diriku. Kulihat ia umpama sebutir BENIH yang kecil di dalam rahim masyarakat. Ia semakin berkembang dan membesar sehingga memiliki PENGLIHATAN dan PENDENGARAN. Tiada yang mengingkarinya melainkan orang yang dangkal fikirannya dan tiada yang memperlecehkan melainkan orang yang dengki. CAHAYA RABBANInya melimpah ruah...Segala puji bagi Allah. Kegembiraanku dengan kebangkitan DUNIA MUSLIMAH yg diberkati ini tercetus disebabkan HIDUPku kerananya dan NAZARku untuk menyerahkan seluruh KEHIDUPANku untuk berkhidmat kepadanya...memperbaiki perjalanan hidupnya dan mempertahankan ZAHIR dan BATINnya.

Aku berdiri di sampingnya ketika guruh gegak gempita dan kesengsaraan melanda...begitu juga apabila tempoh2 kemuncak krisis yg dilakukan oleh para sekularisme dan atheisme dan MUSUH ISLAM semuanya...Kulihat KEBANGKITAN yang terarah ini telah tercapai - dengan kuasa ALLAH - kesan pelbagai MEHNAH dan TRIBULASI yang mengganas. Aku kekal umpama GUNUNG yang kukuh, BANGUNAN yg utuh, TIANG yg tetap, BARISAN yg mantap...Tiadalah segala dugaan itu melainkan kian menjadikan akar-akar mencengkam kukuh semakin utuh, mulia dan bersemangat. Onak dan duri yg ditempuhi kian menjadikannya tegar dan jerneh jiwanya... "

0 ulasan:

Catat Ulasan







  ©***~ BAHJATUL ISLAM... بهجة الإسلام ~*** - Todos os direitos reservados.

Template by Dicas Blogger | Topo