Memaparkan catatan dengan label ilmu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ilmu. Papar semua catatan

Khamis, 10 Mac 2011

Himmah Membina Ummah

H.I.M.M.A.H ........


Ia merupakan suatu yang terbit dan lahir dari hati dan akal fikiran, sukar dibaca namun berkuasa menguasai jiwa , sentiasa hangat dan berputar dalam fikiran malah bersatu dengan jiwa !

Beradanya HIMMAH dalam diri, setiap langkah dan gerak geri sentiasa diwarnai dengan semangat waja dan kegagahan yang tinggi !

Himmah merupakan gabungan antara نية ( NIAT ) , إرادة ( KEHENDAK ) dan عزيمة ( TEKAD ).
Sesuatu yang dicita-citakan mesti dimulai dengan niat di samping faktor kehendak yang kuat, seterusnya bertekad mencapai apa yang dicita-citakan.

Berkata Ibnu Jawzi : " Antara tanda kesempurnaan akal adalah ketinggian himmah ( hasrat ) dan mengakui (meredhai ) akan hinanya dunia ."

Justeru, mari kita perhatikan 4 golongan berikut dan menilai diri, yang mana satukah golongan kita ?

1) Orang yang memiliki cita-cita yang besar, berpotensi dan mempunyai kesempatan dan kemampuan bagi mencapai apa yang dicita-citakan.

2) Orang yang memiliki potensi dan kemampuan serta kesempatan namun lebih cenderung untuk memilih perkara yang remeh dan rendah urusannya.

3) Orang yang tidak memiliki kemampuan untuk melakukan perkara yang hebat tetapi berlagak memiliki kemampuan yang besar.

4) Orang yang mengetahui dirinya dan mengetahui bahawa dirinya tidak memiliki kemampuan yang tinggi namun tidak juga menempatkan dirinya untuk melakukan hal-hal yang besar.

Yang mana satu golongan kita ?!



Apakah kepentingan sifat Himmah ?
Bagaimana ciri-ciri orang yang mempunyai sifat himmah ?
Dan apakah kesan jika tiada himmah ?

........bersambung, insya' Allah



Continue lendo >>

Rabu, 9 Februari 2011

Meneladani Ato' bin Abi Rabah ...

Kita kurang sekali didedahkan dengan kisah tokoh-tokoh yang begitu banyak tercatat di lebaran sejarah Islam. Tidak banyak nama2 yang kita boleh senaraikan di kalangan Tabi'in apatah lagi Tabi' Tabi'in walhal mereka merupakan peribadi2 agung yang wajar dijadikan contoh. Sedikit perkongsian pengisian usrah ...



********************************


Ato' bin Abi Rabah merupakan salah seorang tabi'in yang sangat tinggi ilmunya. Beliau berketurunan Habsyah, kulitnya hitam, rambutnya kerinting dan hidungnya pesek. Ketinggian ilmunya melayakkan beliau mengeluarkan fatwa di Masjidil Haram.

Khalifah pada zaman itu, iaitu Sulaiman bin Abdul Malik sendiri begitu menghormati beliau. Baginda khalifah pernah menasihatkan anak-anak baginda ketika mereka hairan dengan kelakuan ayahanda mereka yang meminta fatwa daripada seorang lelaki yang tidak mempedulikan malah tidak memberi penghormatan kepada baginda. Kata Sulaiman :

" Beliau adalah pewaris Abdullah bin Abbas. Beliaulah orang yang mewarisi kedudukan yang amat tinggi ini...Wahai anakku, belajarlah..."

" Dengan ilmu, orang yang hina akan dihormati. "

" Orang biasa akan dikenali. "

" Dengan ilmu juga hamba2 akan melebihi taraf seorang raja. "


Beliau pernah belajar daripada Abu Hurairah, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Zubair dan beberapa orang sahabat lain hingga dadanya sarat dengan ilmu dan riwayat daripada Rasulullah.


Kesungguhannya dalam menuntut ilmu sejak kecil telah menyebabkan tuannya membebaskan baliau demi manfaat umat Islam.

2 sifat utama Ato' bin Abi Rabah yang membolehkan beliau menperoleh pegangan agama dan ilmu yg tinggi adalah :

- beliau benar2 mengawal dirinya dan tidak membenarkn dirinya terpesona dengan perkara yang tidak bermanfaat.
- beliau benar2 mengawal masanya dan tidak membenarkan masanya disia-siakan dengan cakap kosong dan tidak berfaedah.

............bersambung, insya Allah. Sekadar catatan perkongsian usai usrah. Alhamdulillah :)







Continue lendo >>






  ©***~ BAHJATUL ISLAM... بهجة الإسلام ~*** - Todos os direitos reservados.

Template by Dicas Blogger | Topo