Memaparkan catatan dengan label moral. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label moral. Papar semua catatan

Rabu, 2 Mac 2011

Meneladani Ato' bin Abi Rabah ...( 2 )



Suatu ketika, seorang ahli ibadat dan ulama di Kufah, Muhammad bin Suqah menceritakan...

" Suatu ketika Ato' bin Abi Rabah menasihati diriku, katanya : Wahai anakku ! Orang-orang sebelum kita sebenarnya sama sekali tidak suka bercakap kosong."

Ku bertanya : " Apakah perkara yang mereka anggap sebagai cakap kosong ? "

" Bagi mereka, semua percakapan yang bukan untuk membaca dan memahami kitab Allah adalah cakap kosong. "

" Atau untuk meriwayat atau memahami hadith Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam. "

" Atau untuk mencegah kemungkaran dan menyuruh kepada kebaikan. "

" Atau untuk memahami ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala... "

" Atau untuk bercakap tentang keperluan hidup yang perlu. "

Demikian jawab beliau dan sambungnya lagi sambil merenung wajahku,

" Adakah kamu lupa ?!
" Padahal sesungguhnya ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasi segala bawaanmu, (Mereka adalah makhluk ) yang mulia ( di sisi Allah ), lagi ditugaskan menulis (amal-amalmu ) " ( Al-Infitor : 10-11 )


Continue lendo >>

Rabu, 24 November 2010

Ziarah Mahabbah Serambi Makkah

Di kala jemaah haji menyambut 'Eidul Adha di Tanah Suci, Makkah al-Mukarramah, Alhamdulillah, Ibtihaj pula menyambutnya di sebuah bumi bergelar "Serambi Mekah". Tidak terhingga rasa syukur tatkala mata melihat pemandangan hijau seluas saujana mata memandang. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar! Akhirnya DIA memperkenankan hajat diri ini yang bertunas sedari kecil. ALHAMDULILLAH!!!


Walaupun pasti tidak terbanding dengan perasaan yang dinikmati oleh para jemaah haji, namun Ibtihaj berasa begitu gembira mengutip sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman di sana. Ingin Ibtihaj kongsikan serba sedikit suasana yang menarik bagi Ibtihaj :

Wanita muslimah di sana memakai tudung ( bukan selendang! )dan insya Allah menutup aurat. Walaupun ini merupakan perintah undang2 di sana yg mungkin menampakkan keterpaksaan, namun mudah2an mereka memahami dan menghargai syari'at yang memuliakan muslimah itu sendiri. Paling kurang, pastinya gejala sosial dapat dirawati, membantu juga manusia, kaum Adam khususnya dalam menjaga mata dan hati, Insya Allah.

Pada Jumaat yang lalu, usai kami menziarahi beberapa tempat, lalu singgah di warung makan untuk makan tengah hari sebelum solat Jumaat. Tiba2, datanglah sebuah trak yang dinaiki oleh kaum Hawa semuanya. Menggunakan pembesar suara, mereka bergilir-gilir memberi peringatan lebih kurang berbunyi begini :

" Assalamu'alaikum...kepada pengusaha2 kedai! Tutuplah kedai anda dan tunaikanlah Fardu Jumaat. Ingatlah firman Allah dalam Surah Al-Jumu'ah yang bermaksud : " Wahai orang2 yang beriman! Apabila kamu diseru untuk menunaikan solat Jumaat, maka bersegeralah kamu (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah jual beli
(pada saat itu).Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui."

Bukan setakat peringatan kepada pengusaha kedai, para pelanggan juga diberi peringatan!

" Kepada para konsumer juga, hendaklah anda menunaikan fardhu Jumaat dan janganlah anda bersubahat dengan mereka yang enggan ! "

Diulang2nya beberapa kali secara 'live'! Kami yang asalnya ingin segera menjamah makan tengahari di sana, terus membatalkan niat lalu hanya membungkus dan segera pulang. :)

Pada waktu itu juga, Ibtihaj berasa kagum dengan usaha mereka yang turut menegur sekumpulan pemudi. Jika dibandingkan dengan pakaian sebahagian pemudi kita di Malaysia, rasanya pakaian mereka tidaklah terlalu melampau. Masih menutup kepala dan kulit...cuma agak mengikut bentuk badan sedikit ( tapi tidak terlalu ketat seperti yang biasa kelihatan di negara kita ). Menggunakan pembesar suara, mereka berani memperingatkan beserta hujah ayat Al-Quran! Walaubagaimanapun, perkara ini tidak sedikit pun menimbulkan kekecohan atau pergaduhan...Subhanallah! Betapa masyarakat di sana begitu gigih berusaha menegakkan syari'at Islam!

Teruja juga kami melihat pembangunan Aceh yg begitu cepat dalam masa yg singkat selepas tragedi Tsunami yang lalu! Kawasan2 yang teruk mengalami Tsunami seakan2 telah pulih...Seolah2 tiada apa yang pernah berlaku! Mengapa hal ini berlaku? Ibtihaj berpendapat, sumbangan2 dan bantuan2 kemanusiaan seluruh dunia umumnya dan umat Islam khususnya yang begitu bersimpati saling membantu dan menyumbang bagi membangunkan kembali kota ini! Ibtihaj terfikir jika beginilah yang terjadi apabila semua bermuafakat, mengapa pula kita tidak bermuafakat dalam urusan2 lain juga?! Dalam aspek global, jika semua umat Islam seluruh dunia saling bekerjasama dan sebulat kata membantu saudara kita di Bumi Palestin contohnya, pastilah ada impak yang besar pada musuh kita! Atau jika dikecilkan skopnya dlm negara, jika umat Islam bermuafakat dan bersama2 menggembleng tenaga menyebarkan keindahan Islam contohnya, pastilah negara ini akan sifar gejala sosialnya, bahkan bertambah maju dan ma'mur. Bukankah "Bermuafakat bertambah Berkat"?!

P/S : Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dlm menjayakan ziarah yang begitu bermakna ini! :) Semoga Nanggroe Aceh Darussalam terus maju dan sentiasa diberkati dan diredhai Allah, lantas menjadi contoh buat negara2 lain jua!

Continue lendo >>

Ahad, 17 Oktober 2010

Lepaskan handbrake!!!

Menghadiri sebuah program kelmarin, Ibtihaj tertarik untuk berkongsi beberapa ungkapan yang disampaikan oleh seorang aktivis wadah da'wah. Kata-katanya yang bersemangat sedikit sebanyak menyuntik semangat diri yang adakalanya luntur ( tapi bukan hancur...!!! ).


Beliau mengingatkan :

" Lepaskan handbrake!!! Kita sekarang tak nak lepaskan...
Kenapa ???! Lepaskan dan terus maju ke depan!!! "

" Potensi kita sebenarnya seperti (gelang getah)! Stretchable ...Apabila ditegangkan, semakin panjang ditarik, semakin jauhlah perginya apabila dilepaskan ! Tetapi jika ditegangkan dengan sedikit, ia hanya jatuh berhampiran !
GO AS FAR AS WE CAN!


Apa yang beliau perkatakan sememangnya benar. Seseorang yang bercita-cita tinggi bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, cemerlang dalam karier, cemerlang dalam kehidupan malah kecemerlangan yang diimpikan adalah kecemerlangan di dunia dan di akhirat, mestilah meletakkan dirinya di luar zon selesa. Apabila dalam kesukaran dan kepayahan, barulah segala potensi dirinya dibakar dan digilap. Segala rintangan dapat sahaja dihadapi ! Lantas kejayaan direalisasi!

Sebelum mengakhiri ucapannya, sekali lagi Beliau menyentak hati para hadirin dengan membacakan ayat 15 - 17 Surah Al-Fathir, mafhumnya :

" Hai manusia! Kamulah yang berkehendakkan Allah dan Allah, Dialah Yang Maha Kaya ( Tidak memerlukan sesuatu ) lagi Maha Terpuji. Jika Dia menghendaki, nescaya Dia memusnahkan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru ( untuk menggantikan kamu ). Dan yang demikian itu sesekali tidak sulit bagi Allah. "


Kitalah yang memerlukan Allah! Tidak bimbangkah kita, apabila kita sudah dalam zon selesa, kita sudah tidak kisah dengan apa yang berlaku di sekeliling kita! Masalah ZINA, BUANG BAYI, ARAK, RASUAH, SALAH GUNA KUASA dan pelbagai lagi gejala yang saling tak tumpah seperti di zaman jahiliyyah! Apabila kita sudah tidak kisah, maka akhirnya Allah mengenepikan kita, menolak kita lalu menggantikan kita!!!Wal 'iyadzu biLah

SEDARLAH TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI KHALIFAH, DUTA ALLAH DI ATAS MUKA BUMI INI AMATLAH BANYAK! AYUH KITA BANTU MENYEBARKAN KEINDAHAN ISLAM...PALING KURANG JIKA TIDAK MAMPU, JANGANLAH KITA PULA MENJADI PEMBINASA ISLAM!





Continue lendo >>

Sabtu, 13 Februari 2010

Kewajipan Berda'wah ( siri ke-2 )

Sesungguhnya apabila melihat kepada keadaan masyarakat kita kini, ia sangat mendesak PERANAN WANITA dalam arena DA'WAH. Oleh sebab pengaruh BARAT yang mengeksploitasi wanita dalam menyebar KERUNTUHAN MORAL, KEROSAKAN dan KEHANCURAN yang seterusnya akan MEMUSNAHKAN NILAI-NILAI MORAL dalam masyarakat. Musuh-musuh Islam sama ada dari golongan SEKULARISME mahupun mereka yang telah terpesong dari agama,iatu mereka yang sentiasa menyeru kepada mencontohi BARAT, sentiasa berusaha menjadikan WANITA-WANITA MUSLIMAH sebagai PERMAINAN pada tangan syaitan...penyebab kerosakan dan kesesatan melalui MEDIA-MEDIA MASSA sama ada berbentuk pendengaran, pembacaan mahupun tontonan. Lantas, banyak dari kalangan wanita yang menjadi mangsa akibat LEMAH PENGHAYATAN AGAMA, kehilangan PENDIDIKAN ISLAM dan KEJAHILAN mereka yang besar dalam memahami PANDUAN AL-QURAN dan SUNNAH RASUL mereka.

Pada pendapatku ( Zainab Al-Ghazali ), WANITA sendiri merupakan individu TERBAIK dalam usaha BERDA'WAH kepada golongan wanita. Hal ini kerana wanitalah yang lebih mengetahui TABIAT-TABIAT SEMULAJADI, KEADAAN-KEADAAN,MASALAH yang pelbagai dan begitu juga KHUSUSIYAT mereka. Wanita juga boleh memenangi hati-hati mereka dan berusaha merawati masalah-masalah serta sentiasa mengikuti perkembangan mereka. DA'WAH pula mempunyai ruang yang pelbagai, bukan setakat ceramah di masjid atau idea yang dilontarkan dalam sebarang pertemuan atau pembelajaran berkumpulan, bahkan mencakupi KELAKUAN SELURUHNYA, AKHLAK yang MULIA, MUTIARA-MUTIARA NASIHAT yang BERHARGA, RASA CINTA yang mencurah-curah, jalinan UKHUWAH yang SUCI,KESUNGGUHAN dalam melakukan kebaikan, KESABARAN dalam menghadapi MEHNAH dan TRIBULASI serta sanggup menanggung dan mengindahkannya dengan KESUCIAN dan KESETIAAN.

Maka, jika da'wah dilihat dari aspek sebegini, sudah tentulah banyak ruangnya, luas gerakannya, tiada terhad pengaruhnya. Bukanlah setiap wanita mampu untuk menyampaikan syarahan atau menyertai seminar, akan tetapi wanita itu mampu untuk membina HUBUNGAN yang baik dan mempersembahkannya dengan penuh berkesedaran dan keikhlasan. Itulah peranan yang turut boleh dimainkan di samping aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang disertai. Justeru, tiada hujah lagi bagi mereka yang disibukkan sepenuhnya dengan tugas-tugas rumah tangga, dan bebanan-bebanan keluarga yang remeh sehingga seolah-olah diserahkan seluruh kehidupannya untuk RUMAHnya, menjaga anak-anak kecil dan berkhidmat untuk suaminya yang akhirnya menyebabkan wanita itu HILANG KEINGINANNYA untuk mengambil berat tentang urusan-urusan agama dan berda'wah kepadanya. Seolah-olah dia hanya wanita biasa...hilang dalam masyarakat dan lupa akan tanggungjawab dan impiannya dalam membina RUMAH TANGGA MUSLIM YANG SEBENARNYA.



...bersambung

Continue lendo >>






  ©***~ BAHJATUL ISLAM... بهجة الإسلام ~*** - Todos os direitos reservados.

Template by Dicas Blogger | Topo