Ahad, 17 Oktober 2010

Lepaskan handbrake!!!

Menghadiri sebuah program kelmarin, Ibtihaj tertarik untuk berkongsi beberapa ungkapan yang disampaikan oleh seorang aktivis wadah da'wah. Kata-katanya yang bersemangat sedikit sebanyak menyuntik semangat diri yang adakalanya luntur ( tapi bukan hancur...!!! ).


Beliau mengingatkan :

" Lepaskan handbrake!!! Kita sekarang tak nak lepaskan...
Kenapa ???! Lepaskan dan terus maju ke depan!!! "

" Potensi kita sebenarnya seperti (gelang getah)! Stretchable ...Apabila ditegangkan, semakin panjang ditarik, semakin jauhlah perginya apabila dilepaskan ! Tetapi jika ditegangkan dengan sedikit, ia hanya jatuh berhampiran !
GO AS FAR AS WE CAN!


Apa yang beliau perkatakan sememangnya benar. Seseorang yang bercita-cita tinggi bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, cemerlang dalam karier, cemerlang dalam kehidupan malah kecemerlangan yang diimpikan adalah kecemerlangan di dunia dan di akhirat, mestilah meletakkan dirinya di luar zon selesa. Apabila dalam kesukaran dan kepayahan, barulah segala potensi dirinya dibakar dan digilap. Segala rintangan dapat sahaja dihadapi ! Lantas kejayaan direalisasi!

Sebelum mengakhiri ucapannya, sekali lagi Beliau menyentak hati para hadirin dengan membacakan ayat 15 - 17 Surah Al-Fathir, mafhumnya :

" Hai manusia! Kamulah yang berkehendakkan Allah dan Allah, Dialah Yang Maha Kaya ( Tidak memerlukan sesuatu ) lagi Maha Terpuji. Jika Dia menghendaki, nescaya Dia memusnahkan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru ( untuk menggantikan kamu ). Dan yang demikian itu sesekali tidak sulit bagi Allah. "


Kitalah yang memerlukan Allah! Tidak bimbangkah kita, apabila kita sudah dalam zon selesa, kita sudah tidak kisah dengan apa yang berlaku di sekeliling kita! Masalah ZINA, BUANG BAYI, ARAK, RASUAH, SALAH GUNA KUASA dan pelbagai lagi gejala yang saling tak tumpah seperti di zaman jahiliyyah! Apabila kita sudah tidak kisah, maka akhirnya Allah mengenepikan kita, menolak kita lalu menggantikan kita!!!Wal 'iyadzu biLah

SEDARLAH TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI KHALIFAH, DUTA ALLAH DI ATAS MUKA BUMI INI AMATLAH BANYAK! AYUH KITA BANTU MENYEBARKAN KEINDAHAN ISLAM...PALING KURANG JIKA TIDAK MAMPU, JANGANLAH KITA PULA MENJADI PEMBINASA ISLAM!





0 ulasan:

Catat Ulasan







  ©***~ BAHJATUL ISLAM... بهجة الإسلام ~*** - Todos os direitos reservados.

Template by Dicas Blogger | Topo