Rabu, 24 November 2010

Ziarah Mahabbah Serambi Makkah

Di kala jemaah haji menyambut 'Eidul Adha di Tanah Suci, Makkah al-Mukarramah, Alhamdulillah, Ibtihaj pula menyambutnya di sebuah bumi bergelar "Serambi Mekah". Tidak terhingga rasa syukur tatkala mata melihat pemandangan hijau seluas saujana mata memandang. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar! Akhirnya DIA memperkenankan hajat diri ini yang bertunas sedari kecil. ALHAMDULILLAH!!!


Walaupun pasti tidak terbanding dengan perasaan yang dinikmati oleh para jemaah haji, namun Ibtihaj berasa begitu gembira mengutip sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman di sana. Ingin Ibtihaj kongsikan serba sedikit suasana yang menarik bagi Ibtihaj :

Wanita muslimah di sana memakai tudung ( bukan selendang! )dan insya Allah menutup aurat. Walaupun ini merupakan perintah undang2 di sana yg mungkin menampakkan keterpaksaan, namun mudah2an mereka memahami dan menghargai syari'at yang memuliakan muslimah itu sendiri. Paling kurang, pastinya gejala sosial dapat dirawati, membantu juga manusia, kaum Adam khususnya dalam menjaga mata dan hati, Insya Allah.

Pada Jumaat yang lalu, usai kami menziarahi beberapa tempat, lalu singgah di warung makan untuk makan tengah hari sebelum solat Jumaat. Tiba2, datanglah sebuah trak yang dinaiki oleh kaum Hawa semuanya. Menggunakan pembesar suara, mereka bergilir-gilir memberi peringatan lebih kurang berbunyi begini :

" Assalamu'alaikum...kepada pengusaha2 kedai! Tutuplah kedai anda dan tunaikanlah Fardu Jumaat. Ingatlah firman Allah dalam Surah Al-Jumu'ah yang bermaksud : " Wahai orang2 yang beriman! Apabila kamu diseru untuk menunaikan solat Jumaat, maka bersegeralah kamu (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah jual beli
(pada saat itu).Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui."

Bukan setakat peringatan kepada pengusaha kedai, para pelanggan juga diberi peringatan!

" Kepada para konsumer juga, hendaklah anda menunaikan fardhu Jumaat dan janganlah anda bersubahat dengan mereka yang enggan ! "

Diulang2nya beberapa kali secara 'live'! Kami yang asalnya ingin segera menjamah makan tengahari di sana, terus membatalkan niat lalu hanya membungkus dan segera pulang. :)

Pada waktu itu juga, Ibtihaj berasa kagum dengan usaha mereka yang turut menegur sekumpulan pemudi. Jika dibandingkan dengan pakaian sebahagian pemudi kita di Malaysia, rasanya pakaian mereka tidaklah terlalu melampau. Masih menutup kepala dan kulit...cuma agak mengikut bentuk badan sedikit ( tapi tidak terlalu ketat seperti yang biasa kelihatan di negara kita ). Menggunakan pembesar suara, mereka berani memperingatkan beserta hujah ayat Al-Quran! Walaubagaimanapun, perkara ini tidak sedikit pun menimbulkan kekecohan atau pergaduhan...Subhanallah! Betapa masyarakat di sana begitu gigih berusaha menegakkan syari'at Islam!

Teruja juga kami melihat pembangunan Aceh yg begitu cepat dalam masa yg singkat selepas tragedi Tsunami yang lalu! Kawasan2 yang teruk mengalami Tsunami seakan2 telah pulih...Seolah2 tiada apa yang pernah berlaku! Mengapa hal ini berlaku? Ibtihaj berpendapat, sumbangan2 dan bantuan2 kemanusiaan seluruh dunia umumnya dan umat Islam khususnya yang begitu bersimpati saling membantu dan menyumbang bagi membangunkan kembali kota ini! Ibtihaj terfikir jika beginilah yang terjadi apabila semua bermuafakat, mengapa pula kita tidak bermuafakat dalam urusan2 lain juga?! Dalam aspek global, jika semua umat Islam seluruh dunia saling bekerjasama dan sebulat kata membantu saudara kita di Bumi Palestin contohnya, pastilah ada impak yang besar pada musuh kita! Atau jika dikecilkan skopnya dlm negara, jika umat Islam bermuafakat dan bersama2 menggembleng tenaga menyebarkan keindahan Islam contohnya, pastilah negara ini akan sifar gejala sosialnya, bahkan bertambah maju dan ma'mur. Bukankah "Bermuafakat bertambah Berkat"?!

P/S : Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dlm menjayakan ziarah yang begitu bermakna ini! :) Semoga Nanggroe Aceh Darussalam terus maju dan sentiasa diberkati dan diredhai Allah, lantas menjadi contoh buat negara2 lain jua!

0 ulasan:

Catat Ulasan







  ©***~ BAHJATUL ISLAM... بهجة الإسلام ~*** - Todos os direitos reservados.

Template by Dicas Blogger | Topo