Memaparkan catatan dengan label persoalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label persoalan. Papar semua catatan

Ahad, 27 Mac 2011

Istikharah penuh pasrah...

Istikharah dilakukan bagi memohon bantuan Allah menunjukkan jalan penyelesaian ketika seseorang itu berada dalam keadaan keliru ataupunperlu memilih salah satu antara dua atau pelbagai pilihan dalam kehidupan.

Istikharah tidak terhad dilakukan dalam urusan memilih jodoh contohnya apabila datang dua atau lebih lamaran bagi seorang gadis mahupun teruna malah istikharah juga wajar dilakukan dalam apa sahaja perkara malah sebelum seseorang itu dihadiri lamaran lagi! Pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran, graduan yang ingin mencari peluang pekerjaan, sarjana yang ingin mencari tajuk penyelidikan, calon peperiksaan yang akan menjalani peperiksaan malah urusan pembelian kenderaan mahupun rumah sebagai tempat perlindungan semuanya wajar melalui proses istikharah terlebih dahulu!


Hal ini sebagaimana yang dianjurkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam :

Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:

Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:

Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).

Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini – harus disebut hajat tersebut atau cukup sekadar meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu – adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.


Namun, adakalanya bagi mereka yang telah melakukan istikharah ini, seringkali belum bertemu jawapan. Kesangsian belum bertemu jawapan, permasalahan belum bertemu penyelesaian. Mengapa hal ini berlaku ?

Hakikatnya istikharah hendaklah dilakukan dengan penuh keikhlasan dan keredhaan.Solat sunat 2 rakaat yang dilakukan dengan penuh khusyu' dan tawadhu'. Bukan sahaja gerak geri anggota yang hadir malah kehadiran hati turut penting. Apabila beristikharah, pastikan hati dikosongkan dari segala kecenderungan diri yang mengikut hawa nafsu. Usah ragu-ragu dengan ketentuan Allah dan berserahlah kepadanya dengan penyerahan yang sepenuhnya. Awas! Jika di sana ada keraguan ataupun kecondongan, jawapan yang bakal kita terima hakikatnya bukanlah dari Allah sebaliknya dari kelemahan diri dan menurut hawa nafsu!
Redhalah dan pasrahlah akan setiap ketentuanNya walaupun jawapan yang bakal diterima bercanggah dengan kehendak sendiri ! Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang terbaik terhadap hamba-hambaNya ?!Di sinilah keimanan kita diuji!

Bagaimana pula bentuk jawapan yang akan diperoleh ? Banyak sekali yang memperkatakan tentang mimpi! Tetapi mengapa hingga sekarang saya belum bermimpi ? Inilah antara persoalan-persoalan yang kerap ditanya.

Sebenarnya, jawapan istikharah ini tidak semestinya hadir dalam bentuk mimpi. Allah Maha Bijaksana telah membekalkan manusia dengan akal dan hati yang mampu berfikir dan menghayati akan petunjuk-petunjukNya. Adakalanya, hasil istikharah ini ditunjukkan melalui urusan-urusan yang asalnya sulit, namun dimudahkanNya. Urusan yang kelihatannya mustahil tapi menjadi keajaiban pula! Hati yang dahulunya resah gelisah kini menjadi tenang kerana yakin akan janji-janjiNya. Faktor persekitaran seperti ahli keluarga, sanak saudara, guru-guru, rakan-rakan pula seakan-akan menyerlahkan sokongan tidak kira apa jua bentuknya sama ada fizikal, mental mahupun spiritual.Usah terkejut kerana faktor-faktor ini boleh jadi sebagai perantaraan petunjuk dariNya.

Namun, sekiranya belum berhasil, usah berputus asa. Sekiranya jalan penyelesaian masih kabur, terus dan lipat gandakan usaha! Mungkinkah hati yang tebal dibaluti noda, menyebabkan sukar mengundang hidayahNya?! Maka beristighfarlah memohon ampun dan bertaubatlah dengan sebenar-benarnya. Ingatlah bahawa Allah Maha Mengetahui akan setiap yang zahir dan tersembunyi.

Atau mungkinkah di jiwa, masih ada setitik noktah keraguan terhadapNya? Maka hapuskanlah keraguan kepada Allah yang Maha Belas dan Maha Mengasihani hamba-hambaNya. Berbaik sangkalah terhadap Allah walau sedahsyat manapun ujian menimpa kerana ada kebarangkalian jika belum bertemu jawapan, ada yang lebih baik di sisiNya. Bersabarlah dan bermujahadahlah! Sebenarnya DIA ingin menguji sejauh mana keimanan kita kepadaNya !

Sesungguhnya amat beruntunglah bagi mereka yang bersabar dan tetap hatinya!
Sesungguhnya amat rugilah bagi mereka yang menzalimi dirinya!







Continue lendo >>

Isnin, 29 November 2010

HOW TO MAKE OUR LIFE 100% ? :)

IF ..............


A = 1 F = 6 K = 11 P = 16 U = 21

B = 2 G = 7 L = 12 Q = 17 V = 22

C = 3 H = 8 M = 13 R = 18 W = 23

D = 4 I = 9 N = 14 S = 19 X = 24

E = 5 J = 10 0 = 15 T = 20 Y = 25



AND......................................................Z is equal to 26,


which one of these that makes your life 100% ???


H-A-R-D-W-O-R-K ?

K-N-O-W-L-E-D-G-E ?

L-O-V-E ?

L-U-C-K ?

M-O-N-E-Y ?

L-E-A-D-E-R-S-H-I-P ?


Let us see !


HARDWORK = 8 + 1 + 18 + 4 + 23 + 15 + 18 + 11 = 98 %

.

.

KNOWLEDGE = 11 + 14 + 15 + 23 + 12 + 5 + 4 + 7 + 5 = 99 %

.

.

LOVE = 12 + 15 + 22 + 5 = 54 %

.

.

LUCK = 12 + 21 + 3 + 11 = 47%

.

.

MONEY = 13 + 15 + 14 + 5 + 25 = 72%

.

.

LEADERSHIP = 12 + 5 + 1 + 4 +5 + 18 + 19 + 8 + 9 + 16 = 97%

.

.

so what do you think ???


Now try this ! :)


A-T-T-I-T-U-D-E


What do you found ?



YES! IT IS OUR ATTITUDE TOWARDS LIFE AND WORK THAT MAKES OUR LIFE 100% !!!


(( إنّ اللهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حتّى يُغَيِّرُوا مَا بِأنفُسِهِمْ ))


الرعد : 11
"Verily never will Allah change the condition of a people until they change it themselves (with their own souls)."



Continue lendo >>

Selasa, 7 September 2010

~ SERI RAMADHAN ~



Ramadhan kian melabuhkan tirainya. Sudahkah kurebut segala kelebihannya ?
Berjayakah aku sebagai graduan dalam Madrasah Tarbiyah yang mulia ? Graduan yang tinggi keimanan dan ketaqwaannya ? Ataukah aku masih di takuk lama ?!

Menanti hari yang berbaki, menyambut Si Eidul Fitri...Kembali sucikah diri ini ? Umpama dilahirkan kembali...Bersih dari noda yang menggelapkan hati...Suci dari karat mazmumah yang merajai diri ?!


" Ya Allah, dengan seri Ramadhan yang masih KAU beri peluang kepada kami untuk menikmatinya, serikanlah kami dengan Nur Hidayah dan HikmahMU, agar dengan Hidayah dan Hikmah kurniaanMU itu, kami menjadi wasilah (perantara) bagi menyerikan jiwa hamba-hambaMU. Moga dengan seri itu, berserilah kami ketika menghadapMU. "


- AMIN -

Continue lendo >>

Khamis, 2 September 2010

APA ITU DEMONOLOGI ISLAM ??? ( 2 )




Siapakah yang bertanggungjawab melaksanakan agenda ini ?


Pastilah agenda ini dilakukan oleh pihak Barat ( Zionis Yahudi dan Kristian ) yang memandang Islam sebagai ancaman besar bagi kepentingan mereka!


Maka, Demonologi Islam ini direncana bukan setakat disasarkan bagi masyarakat Barat sahaja, malah masyarakat Islam sendiri agar mereka menjauhi ajaran agama sebenar sebagaimana yang disebutkan oleh Anwar al-Jundy sebagai ‘ pembaratan dunia Islam ’.


‘ Pembaratan dunia Islam ’ bererti mendorong kaum Muslim dan bangsa Arab untuk memerima pemikiran-pemikiran Barat, menanamkan prinsip-prinsip pendidikan Barat dalam jiwa kaum Muslim hingga mengakibatkan nilai-nilai Islam kian kering dan gersang dalam jiwa mereka.




Bagaimanakah proses demonologi ini dilaksanakan ?


Islam dilabelkan dengan pelbagai julukan seperti ‘fundamentalisme Islam’ ( Islamic Fundamentalism ), terorisme Islam ( Islamic Terrorism ) dan bom Islam ( Islamic Bomb ) yang dipopularkan oleh media massa.




Apa kesannya?


Melalui julukan-julukan negatif ini, Barat berupaya menenggelamkan citra Islam sebagai satu-satunya cara hidup terbaik ( way of life ) dan menafikan bahawa Islam adalah agama rahmat bagi seluruh alam ( rahmatan lil ‘alamin ). Masyarakat dunia akan memusuhi dan memerangi Islam. Lantas, menumbuhkan Islamophobia iaitu ketakutan kepada Islam !


* Rujukan : Demonologi Islam : Upaya Barat Membasmi Kekuatan Islam





Continue lendo >>

Isnin, 30 Ogos 2010

APA ITU DEMONOLOGI ISLAM ???


Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan Demonologi ?


Istilah ini barangkali masih tidak pernah didengari oleh kebanyakan daripada kita. Namun, hakikatnya istilah ini sering dimuatkan dalam kamus-kamus berbahasa Inggeris antaranya The Concise Standard English Dictionary, Merriam Webster’s Collegiate Dictionary, Kamus Inggris – Indonesia dan lain-lain.


Ringkasnya, takrif demonologi ( demonology )dari segi bahasa bererti :

kajian tentang syaitan, iblis atau hantu ( study of demons ).


Namun, menurut Noam Chomsky (seorang ahli linguistik terkemuka) dalam bukunya, Pirates and Emperor : International Terrorisme in The Real World sebagaimana yang diterjemahkan oleh Hamid Basyaib dalam edisi bahasa Indonesianya, Menguak Tabir Terorisme Internasional, istilah demonologi diertikan sebagai :


“ perekayasaan sistematis untuk menempatkan sesuatu agar ia dipandang sebagai ancaman yang sangat menakutkan ” dan kerananya ia harus dimusuhi, dijauhi bahkan dibasmi.


Justeru, apa kaitannya dengan Islam ?!


Demonologi Islam diertikan sebagai pengkajian tentang “penyetanan Islam” atau “penghantuan Islam”! Islam digambarkan sebagai demon ( syaitan, iblis atau hantu ) yang jahat dan kejam!!!

Continue lendo >>

Sabtu, 20 Februari 2010

** PERSOALAN HATI...**


ASSALAMU'ALAIKUM...

IBTIHAJ INGIN BERKONGSI SEDIKIT PERSOALAN YANG BERMAIN DALAM FIKIRAN SEJAK KELMARIN...HARAP-HARAP ADA YANG SUDI MEMBERI PENDAPAT, IDEA, ATAU APA SAHAJA BAGI MERUNGKAI SOALAN INI...

IBTIHAJ TERTANYA-TANYA...KENAPA YA...KEBANYAKAN LELAKI MASA KINI TIDAK KIRA DARI APA JUA BIDANG,APA JUA LAPISAN, APA JUA ORGANISASI DAN APA-APA SAHAJA YANG SEANGKATAN...SERINGKALI MENYURUH, MEMINTA, MENDESAK, MEMBIARKAN KAUM WANITA UNTUK MELAKSANAKAN PELBAGAI TUGAS TIDAK KIRA APA JUA BENTUKNYA...WANITA KHUSUSNYA GADIS ADAKALANYA TERPAKSA KE SANA DAN KE MARI DENGAN TENAGA KUDRAT YANG LEMAH, MARUAH YANG PERLU DIJAGA DAN MACAM-MACAM LAGI TANGGUNGJAWABNYA...MALAH YANG LEBIH HEBAT, WANITA JUGA SELALU MENJADI TEMPAT RUJUKAN KAUM ADAM...INI BUKAN KONTEKS RUMAH TANGGA ATAU IBU DAN ANAK YE...

BAIK...TAPI YANG MENJADI SUATU KEPELIKAN DAN PERSOALAN DI HATI IBTIHAJ, MENGAPA APABILA SESEORANG LELAKI ITU SUDAH BERUMAH TANGGA,ISTERINYA YANG KINI DI BAWAH JAGAAN, BIMBINGAN SEORANG SUAMI, HANYA DI'SIMPAN' (MAAF TERPAKSA MENGGUNAKAN PERKATAAN INI SUPAYA SAMPAI MAKNANYA...MAAF SEKALI LAGI)DI DALAM RUMAH...SEDANGKAN WANITA ITU JUGA BERTANGGUNGJAWAB DALAM URUSAN KEMASYARAKATAN...WANITA YANG SUDAH BERUMAHTANGGA ITU JUGA LEBIH SELAMAT DAN SELESA KEADAANNYA BERBANDING GADIS-GADIS YANG BELUM BERKAHWIN...

SEOLAH-OLAH ADA 2 KEADAAN YANG AGAK KONTRA...MUNGKIN ADA YANG BOLEH BANTU IBTIHAJ MENJAWAB PERSOALAN INI...

Continue lendo >>






  ©***~ BAHJATUL ISLAM... بهجة الإسلام ~*** - Todos os direitos reservados.

Template by Dicas Blogger | Topo