Isnin, 11 Oktober 2010

Apabila Pinjaman Dipulangkan buat Sementara...

Alhamdulillah, segala pujian dirafa'kan ke hadrat Allah atas rahmat dan kasihNYA yang melimpah ruah kepada sekalian makhluk. Kerana kasih sayangnya, kita menikmati pelbagai ni'mat. Ni'mat kehidupan, ni'mat Islam, ni'mat ilmu, ni'mat yang tiada hentinya. Kerana kasih sayangnya jua, kita diuji pelbagai ujian. Ujian juga merupakan sebuah ni'mat. Ujian mengajar erti ketabahan, kesabaran, berbaik sangka padaNYA dan bermuhasabah diri.


Sesungguhnya setiap yang kita miliki hanya pinjaman semata-mata. Apabila pinjaman itu diambil kembali, sewajarnya kita akur dan redha kerana ia hanya pinjaman semata-mata. Berbaik sangka kepada Allah kunci utama! Mungkin ada yang ingin digantiNYA! Mungkin DIA menguji sejauh mana kesabaran kita ?! Sejauh mana kita menghadapinya ?!

Maka, apabila " pinjaman itu dipulangkan kembali kepada kita sebagai peminjam buat sementara...", bagaimanakah perasaan kita ? Apatah lagi pinjaman itu sangat berharga nilainya!

Terima kasih ya Allah kerana masih sudi meminjamkan padaku...
jua terima kasih kpd insan-insan tersayang atas doa, sokongan dan dukungan kalian...

Allah yajzikumul khair!


p/s : Hikmah di sebalik peristiwa ini.....tersimpul dari rumus ini :)
1 + 1, - 2, + 1 + 2 = :)....rumus rekaan semata-mata.tiada kena mengena dengan rumus dlm ilmu matematik :) Alhamdulillah ! Hikmah di sebalik 4 purnama ! :)




Continue lendo >>

Syawal yang Terakhir ...


Al Fatihah buat Arwah Nendaku, Hj Mohd Aris b. Shafie yang telah meninggalkan kami pada 28 Syawal 1431H yang lalu. Semoga Allah mengampunkan segala dosa serta menempatkan Beliau bersama hamba-hamba yang diredhai dan dikasihiNya.


(( اللهم اغفِرْ له وعافِه واعْفُ عنْه ))

Amin


Continue lendo >>

Selasa, 7 September 2010

~ SERI RAMADHAN ~



Ramadhan kian melabuhkan tirainya. Sudahkah kurebut segala kelebihannya ?
Berjayakah aku sebagai graduan dalam Madrasah Tarbiyah yang mulia ? Graduan yang tinggi keimanan dan ketaqwaannya ? Ataukah aku masih di takuk lama ?!

Menanti hari yang berbaki, menyambut Si Eidul Fitri...Kembali sucikah diri ini ? Umpama dilahirkan kembali...Bersih dari noda yang menggelapkan hati...Suci dari karat mazmumah yang merajai diri ?!


" Ya Allah, dengan seri Ramadhan yang masih KAU beri peluang kepada kami untuk menikmatinya, serikanlah kami dengan Nur Hidayah dan HikmahMU, agar dengan Hidayah dan Hikmah kurniaanMU itu, kami menjadi wasilah (perantara) bagi menyerikan jiwa hamba-hambaMU. Moga dengan seri itu, berserilah kami ketika menghadapMU. "


- AMIN -

Continue lendo >>

Khamis, 2 September 2010

APA ITU DEMONOLOGI ISLAM ??? ( 2 )




Siapakah yang bertanggungjawab melaksanakan agenda ini ?


Pastilah agenda ini dilakukan oleh pihak Barat ( Zionis Yahudi dan Kristian ) yang memandang Islam sebagai ancaman besar bagi kepentingan mereka!


Maka, Demonologi Islam ini direncana bukan setakat disasarkan bagi masyarakat Barat sahaja, malah masyarakat Islam sendiri agar mereka menjauhi ajaran agama sebenar sebagaimana yang disebutkan oleh Anwar al-Jundy sebagai ‘ pembaratan dunia Islam ’.


‘ Pembaratan dunia Islam ’ bererti mendorong kaum Muslim dan bangsa Arab untuk memerima pemikiran-pemikiran Barat, menanamkan prinsip-prinsip pendidikan Barat dalam jiwa kaum Muslim hingga mengakibatkan nilai-nilai Islam kian kering dan gersang dalam jiwa mereka.




Bagaimanakah proses demonologi ini dilaksanakan ?


Islam dilabelkan dengan pelbagai julukan seperti ‘fundamentalisme Islam’ ( Islamic Fundamentalism ), terorisme Islam ( Islamic Terrorism ) dan bom Islam ( Islamic Bomb ) yang dipopularkan oleh media massa.




Apa kesannya?


Melalui julukan-julukan negatif ini, Barat berupaya menenggelamkan citra Islam sebagai satu-satunya cara hidup terbaik ( way of life ) dan menafikan bahawa Islam adalah agama rahmat bagi seluruh alam ( rahmatan lil ‘alamin ). Masyarakat dunia akan memusuhi dan memerangi Islam. Lantas, menumbuhkan Islamophobia iaitu ketakutan kepada Islam !


* Rujukan : Demonologi Islam : Upaya Barat Membasmi Kekuatan Islam





Continue lendo >>

Isnin, 30 Ogos 2010

APA ITU DEMONOLOGI ISLAM ???


Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan Demonologi ?


Istilah ini barangkali masih tidak pernah didengari oleh kebanyakan daripada kita. Namun, hakikatnya istilah ini sering dimuatkan dalam kamus-kamus berbahasa Inggeris antaranya The Concise Standard English Dictionary, Merriam Webster’s Collegiate Dictionary, Kamus Inggris – Indonesia dan lain-lain.


Ringkasnya, takrif demonologi ( demonology )dari segi bahasa bererti :

kajian tentang syaitan, iblis atau hantu ( study of demons ).


Namun, menurut Noam Chomsky (seorang ahli linguistik terkemuka) dalam bukunya, Pirates and Emperor : International Terrorisme in The Real World sebagaimana yang diterjemahkan oleh Hamid Basyaib dalam edisi bahasa Indonesianya, Menguak Tabir Terorisme Internasional, istilah demonologi diertikan sebagai :


“ perekayasaan sistematis untuk menempatkan sesuatu agar ia dipandang sebagai ancaman yang sangat menakutkan ” dan kerananya ia harus dimusuhi, dijauhi bahkan dibasmi.


Justeru, apa kaitannya dengan Islam ?!


Demonologi Islam diertikan sebagai pengkajian tentang “penyetanan Islam” atau “penghantuan Islam”! Islam digambarkan sebagai demon ( syaitan, iblis atau hantu ) yang jahat dan kejam!!!

Continue lendo >>

Selasa, 10 Ogos 2010

~ Rindu Terpendam ~





Di pintu ini
Kunantimu
Setelah sekian lama
Kupendam rindu
Masihku ingat
Tika dulu
Saat perpisahan bertamu
Ku janji tidak akan persiakanmu
Kini...
Ku masih menantimu
Masih sudikah dirimu...
Bertamu dalam diari hidupku ?
Bahkan...
Masih sempatkah aku menikmatimu...?

Nukilan Sukma,
Ibtihaj





" Madrasah Tarbiyah yang bakal dilalui moga disambut dengan kebeningan hati, kesucian jiwa dan ketulusan nurani. Moga kehadiran Sang Ramadhan yang dinanti, membentuk diri menjadi hambaNYA yang semakin mengerti syukur, moga karat mazmumah kian lebur...AMIN. "





### SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN! RAMADHAN KAREEM! Ibtihaj mohon mengambil kesempatan memohon maaf atas segala kesilapan dan keterlanjuran baik pada kata-kata mahupun perbuatan kepada yang mengenali secara langsung mahupun tidak, khususnya kepada ANUGERAHNYA yang pertama kali menemaniku pada Ramadhan ini, ahli keluargaku, sahabat-sahabat seperjuanganku dan seluruh saudaraku ikhwah dan akhawat...Semoga segala amalan kita diterima dan diredhaiNYA...Amin ###

Continue lendo >>

Rabu, 4 Ogos 2010

MAKA BERSABARLAH WAHAI DA'IEYAH...

Hanya melalui kata-kata
membaralah keazaman
terpancar saluran-saluran kenikmatan
terbitlah cahaya pedoman
dan terukirlah senyuman
tersebar kelahiran yang gemilang
tangkas kian bertambah
menghadapi badai mendatang...

Tahukah kalian kata-kata apakah itu ?
Itu kata-kata syukur dan pujian
Kata-kata kritis yang bermisi
Lontaran-lontaran cambahan fikiran
Sesungguhnya
Itulah kata-kata peransang dan sokongan...

Benarlah !
yang paling memerlukan kata-kata ini adalah Da'ieyah...
Usah kalian sangka dia tidak memerlukannya...
Tidak demi Tuhan!
Bahkan dialah yang paling memerlukannya !

Mafhum sabda Baginda 'Alaihis Salam dalam hadithnya...
Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia,
maka dia tidak berterima kasih kepada Allah ( Riwayat Tirmizi )
Nah, mengapa kalian bersikap bakhil untuk berterima kasih ?
Malahan kalian menemukan dengan sangkaan-sangkaan yang memedihkan,
kezaliman dan kehinaan.

Serikandi yang dikasihi,
Serikandi Da'ieyah itu
yang gigih menyampaikan ilmu,
memanfaatkan kebaikan, waktu, harta dan kesihatan
berjaga dan menghidupkan malamnya
berusaha menghafaz Kitab Allah
mengarang rencana
mereka kad-kad berisi peringatan
atau penyebar risalah-risalah zikrullah...

.
.
.

Sehinggalah apabila
jika dirinya lemah
setelah tersebar pancaran dan sinaran jasanya
dipejamkan matanya
lalu bermulalah dialog dalam dirinya
menilai kembali ( muhasabah )
perkara-perkara yang belum sempurna haknya
menanggung beban yang bukan miliknya
fikirnya pada apa yang bakal dihadapi pada hari-hari mendatang.

Mulalah berkata pada dirinya
Aku mesti lebih banyak menghafaz Kitab Allah
lebih banyak mempelajari ilmu-ilmu syari'ah
Aku mesti berkreativiti dalam berda'wah
Aku mesti menghapuskan sempadan
dan tangan-tangan berinovasi mesti ku eratkan
dan mesti kucari mereka yang alpa
untuk kuseru mereka
bersama-sama menaiki bahtera
menuju tempat kembali...
Benarlah ! Semestinya aku tidak mengendahkan
Kata-kata berisi kekecewaan
Semestinya ku balas keburukan dengan kebaikan
Aku mesti menghulurkan senyuman dan bersikap optimis
dan semestinya ku abaikan kesilapan-kesilapan dan kepedihan...


...bersambung....

*** Terjemahan yang pastinya punya kekurangan namun diharap dapat dimanfaatkan ***



Continue lendo >>






  ©***~ BAHJATUL ISLAM... بهجة الإسلام ~*** - Todos os direitos reservados.

Template by Dicas Blogger | Topo