Ahad, 24 April 2011

Himmah Membina Ummah ( 2 )




Mari kita lihat, apakah antara kepentingan mempunyai sifat himmah yang tinggi ?

1) Dengan adanya sifat himmah yang tinggi, seseorang itu akan mencapai kesempurnaan 'ubudiyyah ( pengabdian diri ) kepada Allah kerana dirinya bebas daripada ikatan nafsu yang membelenggu, cinta akan harta dan bebas daripada penyembahan sesama manusia.

2) Seseorang yang mempunyai himmah yang tinggi akan berjaya menempuh kesukaran dalam menggapai matlamat yang dicita-citakan. Asy-Syahid Syed Qutb pernah berkata :
" Barisan ( Saf ) yang diisi oleh orang-orang yang lemah tidak akan mampu bertahan kuat, kerana sesungguhnya mereka akan mengecewakan pada saat kepayahan. "


Ciri-ciri orang yang berhimmah tinggi antaranya adalah :

- Langkahnya yakin, cekal dan bersemangat menuju matlamat.
- Tidak terpedaya dengan tipudaya dunia kerana dirinya hanya menginginkan syurga.
- Azamnya tidak pernah luntur kerana telah berjanji setia kepada Allah serta berazam untuk berkorban seluruh tenaga dan upaya demi mencapai matlamat.
- Hanya melakukan perkara-perkara penting dan tidak sibuk dengan perkara-perkara remeh.
- Berhati mulia.

Sifat himmah ini juga perlu dipelihara agar terus subur kerana sifat ini boleh menurun disebabkan beberapa faktor antaranya :

  • mensia-siakan waktu yang merupakan salah satu ni'mat yang sering diabaikan.
  • futur dalam perjuangan ( lemah semangat )
  • wahn ( cinta akan dunia, takut akan mati )
  • lemah dan malas
  • sering bertangguh dan berangan-angan
  • bergaul dengan orang yang mempunyai semangat yang lemah
  • keterlaluan dalam memenuhi kehendak keluarga dan kerabat.

Nah! Apabila individu muslim tidak mempunyai himmah, kesannya akan melarat dan membarah hingga merosakkan ummah! Apakah impak terhadap keadaan ummah apabila hilangnya himmah ?.................



Bersambung






0 ulasan:

Catat Ulasan







  ©***~ BAHJATUL ISLAM... بهجة الإسلام ~*** - Todos os direitos reservados.

Template by Dicas Blogger | Topo