Rabu, 10 Februari 2010

Kewajipan Berda'wah

Menyeru ( Berda'wah ) kepada Allah merupakan sebaik-baik seruan dan semulia-mulia pekerjaan, semurni-murni amalan dan setingi-tinggi tujuan.Kedudukannya yang tinggi tidak mampu dicapai melainkan seseorang yang dipilih oleh Allah dan dibahagiakan di dunia. Baginya ganjaran dan balasan pada Hari Akhirat. Berda'wah kepada Allah juga merupakan peranan penting para Nabi dan Rasul, penyeru kepada TAUHID dan RASUL YANG MULIA junjungan besar Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul.Begitu juga para penda'wah sehingga datangnya Hari Qiamat,yang menyampaikan risalah, menunaikan amanah,dan sebaik-baik du'at adalah yang menyeru kepada Allah...dan KITAlah UMMAH yang MEWARISI da'wah. Allah menganugerahkan kemuliaan dalam menyampaikan (tabligh, memberi peringatan dan berda'wah kepada agamaNYA.Itulah kemuliaan, ketinggian dan amanah yang berat...

Amanah dan kemuliaan ini bukanlah hanya dikhususkan bagi para lelaki sahaja, bahkan amanah ini khusus untuk para lelaki dan wanita. Ayat-ayat Al-Quran juga tidak ditujukan buat para lelaki sahaja, bahkan menghimpunkan kedua-duanya bersama-sama. Sebagaimana firman Allah yang:
(( إنّ المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات ))
"Sesungguhnya lelaki-lelaki muslim dan wanita-wanita muslimah, lelaki-lelaki yang beriman dan wanita-wanita yang beriman..." dan pelbagai lagi ayat yang menerangkan perkara ini.

Masyarakat Islam pada zaman terdahulu telah menanggung beban da'wah ini dan telah memberikan contoh yang jelas tentang peranan WANITA dalam bidang da'wah. Pelbagai buku seerah yang telah mencatatkan kisah-kisah para penda'wah wanita seperti UMMU 'ATIYYAH AL-ANSORIYYAH. Rumah beliau dimanfaatkan oleh para lelaki untuk menuntut ilmu sehinggakan beliau terkenal disebabkan peranannya dalam menyampaikan pelajaran dan pengajaran dalam kabilah-kabilah pada zaman Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sehinggakan beliau disiksa dan dipenjara. Walaubagaimanapun, ini tetap tidak mengecualikannya daripada tetap berperanan dalam da'wah yang telah dinazarkan bagi seluruh hidupnya. Maka, jadilah wanita ini contoh ikutan bagi mereka yang datang selepasnya. Semoga Allah mengganjarinya dengan sebaik-baik ganjaran...


- bersambung -


- Terjemahan bebas dari buku tulisan ZAINAB AL-GHAZALI -

0 ulasan:

Catat Ulasan







  ©***~ BAHJATUL ISLAM... بهجة الإسلام ~*** - Todos os direitos reservados.

Template by Dicas Blogger | Topo