Ahad, 7 Februari 2010

PENDAHULUAN

Buat anakandaku muslimah yang sentiasa peka dan rindu akan kepulangan ummah kepada pangkuan keamanan dan keimanan di bawah naungan CAHAYA TAUHID, ISTIQOMAH, KEMULIAAN dan KEPIMPINAN...
Buat anakandaku yang Allah lapangkan dadanya buat ISLAM, dididik dalam MADRASAH ISLAM, hidup dalam kehidupan Islam bersandarkan prinsip-prinsip, akhlak-akhlak dan adab-adab Islam...
Buat anakandaku yang bernazar menyerahkan hidupnya demi CINTAnya pada Islam, sedia mempertahankan nilai-nilai dan asas-asas Islam, hidup dalam penuh penghayatan Islam dan hatinya penuh keyakinan...cita-citanya jua hidup kerana Islam.
Buat anakandaku yang kuhidup baginya sebagai PENDIDIK, PEMBIMBING dan PENDA'WAH...kutiupkan kepadanya roh panduan Islam, kuterangkan padanya asas-asas tugas dalam bidang DA'WAH ILALLAH...sehingga ummah ini berjalan lurus atas agama Tuhannya dan dididik berhidangkan hidangan AL-QURAN dan SUNNAH RASULnya.
Buat anakandaku muslimah yang sentiasa peka, kutujukan buku ini yang menanggung sebahagian nafas dan denyutan jantungku, detikan hatiku dan bisikan jiwaku...Sesungguhnya ia adalah antara buah-buah hasil pengembaraanku dalam MIHRAB DA'WAH ini selama hampir 60 tahun. Sesungguhnya ia adalah umpama sebiji buah daripada buah-buahan CINTA yag menguasai diriku...maka dengan keizinan ALLAH, aku hidup demi da'wah ini dan aku bernafas dengan udaranya. Aku rindu akan adanya suatu hari kelak, Allah mengizinkannya wujud dalam jiwa setiap anak-anak ummah ini, dalam kehidupan dan masa depan mereka.
Sesungguhnya, aku rindu akan seorang SRIKANDI DA'IEYAH yang memahami agamanya dengan KEFAHAMAN yang BENAR, memahami REALITI yang dihadapi oleh masyarakatnya, lantas beliau berusaha mengikut kemampuannya untuk berkhidmat kepada agamanya dan memperbaiki keadaan umat Islam.
Lantaran itu, kunukilkan TAWJIHAT ini dalam bentuk yang segera dan ringkas, namun bermanfa'at In Sya' Allah. Kudoakan moga cita-cita dan harapan ini akan dilaksanakan dan dapat membantu anakanda-anakandaku yang berjuang dalam DUNIA DA'WAH ISLAM.
زينب الغزالي الجبيلي
غزة المحرم 1415هـ

0 ulasan:

Catat Ulasan







  ©***~ BAHJATUL ISLAM... بهجة الإسلام ~*** - Todos os direitos reservados.

Template by Dicas Blogger | Topo