Rabu, 4 Ogos 2010
Isnin, 12 Julai 2010
Sebarkan Benih-benih Kebaikan...Suatu Hari Pasti kan Tumbuh
Ibtihaj ingin berkongsi sebuah artikel yang telah lama ditemui dalam Bahasa Arab. Artikel yg agak menyentuh hati ini, Ibtihaj terjemahkan buat dikongsi manfaatnya...
***************************
Suatu ketika dahulu, aku telah berbual bersama seorang guru wanita yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan mengajarkan anak - anak remaja tentang adab dan akhlak. Beliau bukanlah seorang guru biasa, bahkan seorang insan yang mempunyai misi dan motivasi yang tinggi.
Ketika berbual - bual tentang isu - isu berkaitan remaja khususnya para puteri dan langkah mendekati serta memperbaiki akhlak mereka, beliau berkata :
“Masalahnya wahai sahabatku, kita sememangnya telah berusaha untuk menyemai biji - biji benih, menanam dan menyiram biji-biji benih itu…malangnya, apabila bunga - bunga kita itu semakin membesar, ia terdedah dengan persekitaran sekelilingnya. Persekitaran yang ganas dan gersang tidak memungkinkan bunga-bunga itu tumbuh mekar di padang pasir yang kontang. Maka, akhirnya ‘bunga-bunga’ yang kita tanam, semai dan siram itu layu dan musnah. Mereka menjadi bebas setelah keluar dari rumah dan alam persekolahan. Mereka kehilangan guru - guru yang membimbing dan menjadi contoh serta kehilangan sahabat - sahabat yang solehah. Maka, mulalah anasir - anasir lain mempengaruhinya sedikit demi sedikit…”
Suaranya bergetar kesedihan :
“Adakalanya ku rasakan segala usahaku selama ini tidak berfaedah! Syaitan berbisik kepadaku dan mengatakan bahawa segala usaha kita selama ini sia - sia belaka terutamanya pada zaman kini yang dilandai pelbagai tribulasi dan fitnah. Aku merasakan semangatku makin luntur dan diriku kian lemah…”
Aku tersenyum dan berkata :
“ Tidak wahai sahabatku…Usah dibiarkan putus asa menguasai segenap urat sendimu… Sesungguhnya setiap benih kebaikan itu walaupun panjang tempoh waktu pertumbuhannya dan luruh dedaunnya pastinya ia tidak akan mati dengan izin Allah, dan suatu hari nanti pasti ia akan tumbuh kembali… Maka usahlah bersedih. Perkara paling penting adalah peranan kita menanamkan sifat tanggungjawab dalam diri para puteri kita agar dia dengan sendirinya mampu berjalan di atas landasan kebenaran dan tidak menunggu rakan-rakan atau sanak saudara mahupun ibunya untuk menggerakkan dan menyedarkan dirinya. Kita tanamkan kekuatan dalam diri puteri-puteri ini untuk menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba dengan berserah diri dan bertawakkal kepada Allah. Kita ingatkan mereka tentang tentangan musuh - musuh agama ini.”
Kemudian, aku berkata kepadanya :“ Aku akan menceritakan kepadamu sebuah kisah yang akan menjadi azimat bagimu: Suatu ketika dahulu, aku mengajar di sebuah sekolah. Para pelajar puteriku ketika itu amat sibuk dengan kehidupan mereka. Mereka bukanlah anak-anak yang jahat, tetapi kesibukan mereka menyebabkan mereka sangat jauh daripada Allah. Aku telah cuba untuk menasihatkan, bersungguh-sungguh berbincang dan berusaha untuk mempengaruhi mereka namun hanya segelintir yang dapat menerima dan memahaminya…Selepas beberapa tahun aku meninggalkan sekolah itu, suatu hari aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon salah seorang daripada mereka.Dia tidak menyangka bahawa akhirnya dia telah berhasil menghubungiku dengan 1001 kepayahan. Kedengaran suaranya yang begitu gembira : “ Ustazah, saya sudah letih bertanyakan dan menghubungi rakan-rakan. Saya berusaha mencari nombor - nombor mereka dan juga menghubungi pihak pejabat sekolah. Saya telah bersusah payah demi mencari dan menjejaki ustazah. Saya benar - benar tidak menyangka bahawa sekarang saya sedang berbual dengan ustazah!!!”
Sesungguhnya aku sangat rindu akan puteri - puteri yang aku didik sewaktu mereka kecil…Anak - anak yang nakal, tidak mengendahkan kata - kataku mahupun nasihatku. Mereka yang selalu ponteng kelas dan asyik bergelak tawa ketika belajar! Tidak kusangka salah seorang puteriku kini merupakan penuntut tahun akhir di salah sebuah universiti. Alangkah pantas masa berlalu. Puteriku meneruskan kata-katanya:
“ Adakah ustazah masih ingat kata - kata dan nasihat ustazah kepada kami? Ustazah pernah mengingatkan kami tentang Hari Pembalasan dan Hari Akhirat. Adakah ustazah masih ingat bagaimana kelakuan dan sorak-sorai kami? Adakah ustazah percaya bahawa kata - kata ustazah itu telah berjaya menembus ke dalam hati saya? Tetapi tika itu, saya tewas dengan bisikan syaitan. Begitu juga rakan - rakan yang lain...Pada waktu itu, saya berlagak seolah - olah tidak ingin mengambil tahu dan mengambil berat tentang hal - hal sedemikian…namun kini saya telah dewasa dan matang. Sehingga kini masih terngiang - ngiang di telinga saya, kata-kata nasihat dan dorongan ustazah. Sedikit demi sedikit kata – kata mutiara dan nasihat - nasihat ustazah berjaya melenturkan hati saya. Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan diri ustazah. Sungguh saya telah terkesan dengan ustazah. Begitu juga kebanyakan rakan -rakan yang lain…”
Aku benar-benar terkejut dengan kata-katanya. Aku seakan-akan tidak percaya. Lidahku kelu untuk berbicara. Aku terkesima. Tidak pernah kubayangkan bahawa benih-benih kebaikan yang kecil cuma mampu bertahan lama sebelum ia tumbuh subur kembali! Subhanallah! Maha Suci Allah! Benarkah ini terjadi?! Alhamdulillah! Aku benar-benar gembira. Aku semakin bersemangat untuk meneruskan perjalanan dan perjuanganku ini walaupun kudapati para puteri kini di dalam kelalaian dan kelekaan yang amat dahsyat…”
Sahabatku begitu kagum mendengar kisahku, kataku padanya :
“ Tidakkah kamu nampak? Usah biarkan bisikan syaitan melemahkan dan menggagalkan kamu. Usah berputus asa! Sebarkanlah benih-benih kebaikan walau di mana kamu berada dan usah ragu….Sesungguhnya kamu tidak mengetahui bilakah benih-benih itu akan tumbuh…”
Terjemahan dan ubahsuai dari Majalah Hayah Bil 84, Rabiul Thani 1428H.
-Ibtihaj-
Rabu, 7 Julai 2010
MURABBI BUKAN SELEBRITI !
alfaqir_ilallah: salam ziarah... lama tak update.. akhirnya, baru ana mengerti siapa tuan blog ni.. Puzzle tercantum!
Rais: Penasaran dengan pemilik blog ini. Siapakah gerangan Saudari Ibtihaj ini?
affan: ehem2, cik HAJAR n cik wardah, ana kira ana jga knl blogger nie...
H A J A R: ehem2, cik wardah,,saya pun knl juga blogger ni,,org yg sangat dekat dgn kita=)
wardah: salam..ehem2 mcm knal blogger ni =)
*******
Untuk menjawab teka-teki di atas, Ibtihaj tercari-cari apakah jawapan yang sesuai bagi meluahkan apa yang bersarang dalam hati. Subhanallah, ketika membaca buku "Nota Hati Seorang Lelaki" oleh Ust Pahrol Mohamad Juoi, hadiah seorang sahabat, Ibtihaj menemui Nota ke-35 : Kau Murabbi Bukan Selebriti!
Memetik antara kata-kata yang mendalam maknanya :
" Jangan menulis 'diri' sendiri. Orang yang bijaksana, menulis tentang ilmu. Orang cerdik menulis tentang peristiwa. Orang pandai menulis tentang orang lain. Hanya orang bodoh menulis tentang dirinya sendiri. "
" Pendakwah atau penulis, mesti mengetengahkan prinsip da'wah, Islam dan tarbiah, bukan input peribadi atau personalitinya. Bawa orang kepada Allah, bukan kepada diri, bawa orang kepada Islam, bukan kepada produk atau kumpulan. "
" Pendakwah adalah seorang murabbi bukan selebriti! "
*****
Walaubagaimanapun, Ibtihaj hanyalah seorang manusia biasa yang dalam usaha memperbaiki dirinya. Dalam usaha itu, ada tanggungjawab sebagai hamba yang mesti dilaksanakannya! Continue lendo >>
Ahad, 4 Julai 2010
NOKTAH SYUKUR...
Kelana Sang Pengembara
Kembaranya
Tiada sunyi dari onar
Tubuhnya
Diulit ribuan calar
Kepalanya
Walau berpinar
Langkah tetap disasar
Kerna pengembaraan baginya
Medan juang sebenar
Tika di persimpangan,
Dilema pengembara
Hala tuju mana pilihannya
Denai pilihan banyak manusia?
Ditaburi bungaan aneka warna...
Dihiasi nikmat indah tarikannya?
Ataukah lorong kelam
Dilitupi dedaun kering cuma?
Dihiasi kawat besi gerun kelihatannya?
Sang Pengembara
Meluruskan hati
Kukuh pada Ilahi
Lorong sepi segera disusuri
Berbaik sangka pada Ilahi
Pasti janjiNya tiada dimungkiri.
Langkah demi langkah
Cukuplah Allah segala-galanya
Mungkin jelek pada pandangan manusia
Mungkin dangkal di akal manusia
Biarlah
Asal bukan di sisi Yang Esa.
Lantas,
Hati membulat tekad,
Nafsu ditepis berpencak silat
RedhaNya semata
Sang Pengembara memurnikan hajat
Sang Pengembara akhirnya
Hampir lelah menahan kudrat
Namun,
Kekal syukur menjadi azimat
Kekal redha perawat erat
Lalu,
Rasa kerdil diri makin menghambat...
Hina diri, pada Ilahi sembah merapat
Nah!
Rupanya Sang Pengembara diuji
Andai terburu2 tewaslah dirinya!
Kejutan tidak mampu dijangka
RencanaNya nyata bijaksana
JanjiNya segera dilaksana!
Syukur Sang Pengembara
mengalir deras tiada henti
Indah aturan Pencipta
Mempesona jiwa
Kerdil jiwa seorang hamba
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Segala Puji hanya bagi Allah
Moga Sang Pengembara
dikurnia kekuatan
melaksanakan ketaatan,
meninggalkan kejahatan,
menyeru kebaikan,
mencegah kemungkaran...
Anugerah yang sukar diungkap
Moga Sang Pengembara sentiasa SYUKUR!
Dipelihara dari FUJUR
Mahupun KUFUR
Menerus kembara ke Alam Kubur
Sungguh tiada noktah bagi SYUKUR
Moga Istiqamah sentiasa dilabur
Selamat diri daripada FUTUR!
Nukilan Sukma,
Ibtihaj
Selasa, 20 April 2010
Awas Pencuri!

Ibtihaj tertarik dengan lukisan yg ditemui ketika 'surfing'.
Moga Allah memberi kekuatan kepada kita semua untuk memelihara iman yang hanyalah senipis kulit bawang. Ya Allah bantulah hamba2MU dalam menunaikan IKRAR yg saban hari dilafazkan (( إنّ صلاتي ونُسُكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين ))..SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU dan MATIKU adalah KERANA ALLAH TUHAN SEMESTA ALAM...
Khamis, 15 April 2010
( akhir ) إصلاح الجوهر أولاً

Islam yang sebenar bukanlah berwajahkan keganasan, kekerasan, penguasaan, dan ketakutan yang berpanjangan bahkan Islam berwajahkan keceriaan, senyuman, kata2 yg beradab, dilimpahi kasih sayang, kelembutan, mudah dan sentiasa mengalu-alukan, sentiasa bermu'ayasyah...Semua ini tidak hadir melainkan dengan kefahaman yg benar dan aqidah yg sejahtera, keikhlasan yg suci, kesungguhan yang murni dan kekhusyukan terhadap keagungan Allah Ta'ala.
( SEDARLAH bahawa...-pnterjemah )Ssungguhnya MAKSIAT HATI itu lebih dahsyat bahayanya daripada MAKSIAT ANGGOTA. Maka wajiblah ke atas seorang penda'wah ( khususnya SRIKANDI DA'IEYAH )yang berkerja di lapangan ini untuk memperbaiki jawhar (dalaman)nya dahulu, melatih dirinya dalam ketaatan, zikir dan doa, puasa dan solat pada malam hari, bertahajjud dan peebagai lagi cara membersihkan hati.
SRIKANDI DA'IEYAH ini kelak akan mengetahui bahawa memperbaiki dalaman itu lebih berat dan sukar berbanding memperbaiki luaran.Hal ini kerana DALAMAN itu merupakan hati, jiwa dan perasaan.Sedangkan hati itu berada antara '2 jari' Ar-Rahman yang berkuasa membolak-balikkannya bila2 waktu yg dikehendakiNYA....(( Sesungguhnya dalam jasad itu ada seketul darah.Apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Apabila ia buruk, buruklah seluruh jasad...itulah HATI )).
ISLAHUL JAWHAR ( memperbaiki dalaman ) itu memerlukan kesabaran dan ketabahan, bersahabat dengan manusia yang membantu kepada ketaatan, dan menjauhkan dari kemaksiatan. Sesungguhnya aku menyeru srikandi2ku yang bekerja dalam dunia da'wah ini, agar mengambil berat terhadap JAWHAR yang ada dalam diri mereka. Begitu juga pada jiwa2 yg mendidik srikandi2 ini, dan segala curahan bakti yg berterusan demi merealisasikan misi ini. Hal ini kerana...bukanlah disebabkan keredhaan fulan atau fulanah...bahkan keredhaan Tuhan Semesta Alam...dan DIA tidak melihat kepada luaran dan jasad kamu, akan tetapi DIA melihat kepada hati2 kamu dan amalan2 kamu. Apabila dalaman itu diperbaiki, secara automatik luaran juga akan dapat diperbaiki tanpa memerlukan usaha yg tinggi.
SESUNGGUHNYA PERJALANAN MEMPERBAIKI DALAMAN ITU AMAT PANJANG, MEMERLUKAN KEPADA KESABARAN DAN LATIHAN...NAMUN HAKIKATNYA INILAH JALAN KEBENARAN...
*** Sungguh YA ALLAH...JANJIMU ITU BENAR BAGI YANG BERTARUNG DALAM KEMBARA MUJAHADAH! JANGANLAH KAU BIARKAN KAMI YA ALLAH TERSUNGKUR DAN GAGAL MERAIH CINTAMU!SUNGGUH KEKUATAN DARIPADAMU JUA YG KAMI HARAPKAN.***
( إصلاح الجوهر أولاً ( 2
"... Kebangkitan yang terpimpin dalam dunia wanita memenuhi ruang hatiku dan akalku, jiwaku, perasaanku dan fikiranku.Kebimbanganku terhadapnya umpama kebimbangan seorang ibu terhadap anaknya. Beliau memelihara anak itu sehingga dewasa, berjanji memeliharanya hingga anak itu dewasa perkasa, mengharungi kesukaran tanpa tersungkur...menghadapi kesusahan setelah memagari dirinya.
Oleh sebab keghairahanku terhadap kebangkitan yang diberkati ini, aku bimbang terhadap gejala2 yang merosakkannya, faktor2 yg melemahkannya dan membawanya kepada 'wahn' ( cintakan dunia ). Aku suka melihatnya sentiasa teguh, berkibar gemilang, tetap dalam langkah dan diiringi kemuliaan.
Apabila kudapati adanya faktor2 yg melemahkan, aku segera memperingatkan dan memberi amaran. Contohnya tatkala kulihat adakalanya HAL LUARAN ( مظهر ) lebih diutamakan daripada HAL DALAMAN ( جوهر ), KULIT lebih diutamakan daripada ISInya, HAL2 ranting (furu') lebih dipentingkan drpd yg USUL dan ASAS...diikuti kemudiannya kerapuhan dan bertambahnya perselisihan...lantas hati2 berpisah, menyala api kemarahan dalam jiwa2 ini. Kemudian, disusuli pula pelbagai khabar angin dan buruk sangka...SESUNGGUHNYA HAL INI TIDAKLAH AKU INGINKAN BUAT SELAMANYA!
Sebahagian para pemudi SRIKANDI yang dianugerahkan Allah bagi mereka ni'mat HIDAYAH, KETAATAN dan ILTIZAM, antara mereka ada yang sangat ekstrem dalam pemakaian dan penampilan luaran malangnya tidak mengendahkan unsur dalaman yang nyata lebih wajar dipelihara dan dijaga bahkan memerlukan kepada kesungguhan yang haqiqi.
Mengambil berat terhadap penampilan luaran sebenarnya tidaklah memerlukan kepada JUHUD yang tinggi dan ia hanya mengambil masa beberapa minit sahaja...walhal unsur dalaman ( jawhar ) itu memerlukan kesungguhan yang tinggi, mengambil masa bertahun-tahun lamanya hingga ia mengikut acuan orang2 yg taat kepada Allah, bekerja di jalanNYA serta berakhlak dengan akhlak Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam serta para sahabat baginda yg mulia...



